✿Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu
memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.
✿Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
✿Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
✿Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu
apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin
kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
✿Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau
tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini.
✿Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS
seperti ’selamat pagi’, ’have fun’, ’good night’, ‘take care’, dan
lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu
lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dengan cara yang berbeza, bukan hanya dengan “i LOVE you”.
✿Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat-saat itu ialah saat yang berharga
untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu tidak
selalu terulang.
✿Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri
lupa pernah mengungkapkannya. kerana telah dia sematkan kata-kata mu di hatinya,
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya
kamu musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
✿Orang yang mencintai kamu akan belajar
menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu,
kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga,
walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
✿Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu
mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu – kerana dia risau tentang kamu, peduli tentang kamu.
✿Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia
akan bertanya bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
✿Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu
barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.
✿Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,
ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggetarkan
dunianya.
✿Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di
dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
✿Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah
lain, dia akan senantiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan
lingkungan yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh
dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata,
dekat dihati?’
✿Orang yang mencintai kamu bertindak lebih
seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
✿Orang yang mencintai kamu sering melakukan
hal-hal yang mungkin annoying, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia
sedang memikirkan kamu.
✿Orang yang mencintai kamu kadang-kadang
merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan
tak akan melakukannya lagi.
✿Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu
maka ia akan mengajar kamu dgn penuh sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di
dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sepayah apapun permintaan itu.
✿Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu
akan menghiasi sebagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga
menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi
benda-benda yang berharga buatnya.
✿Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau
memberi reaksi menolaknya, dia akan teru sedar dan menghilangkan diri dari kehidupan
kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
✿Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin
memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
✿Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban kerananya. Saat kamu pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar2 mengerti apa itu cinta.
✿Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban kerananya. Saat kamu pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar2 mengerti apa itu cinta.
No comments:
Post a Comment