WANITA

Memang tidak ada yang mengetahui apa isi hati setiap wanita. Apalagi isi hati kaum perempuan terkadang sulit untuk diteka. Kadang-kadang ingin A tapi esoknya boleh berubah jadi B. Bagaimana dengan rahsia-rahsia wanita yang ada dalam hati, berikut rahsianya :
1. Bila seorang wanita cakap dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitisskan airmata,itu maksudnya dia sedang menangis dalam hati.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu bagi dia waktu untuk tenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab tu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4. Jika sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan dengan cara kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang wanita sedang menjauhkan diri dari kamu setelah kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.Jangan sesekali beritahu kepada wanita tentang apa yang membuat mereka langsung rasa tak berguna.
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang diam memberikan respon positif, contohnya menghubunginya melalui telefon,wanita ini akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan bersorak senang dan tak sampai sepuluh minit, semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.
13.Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulalah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali kamu lebih dalam.
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat dengan kamu.
16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungi kamu atau menunggu panggilan dari kamu, teruskan usaha kamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali teka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya 'kenapa aku tak jumpa dengan lelaki ini lebih awal.'
19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21.Skandal akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!
22.Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk try kawan mereka yang paling cantik.
25.Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..
27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya buat surprise  (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantis).Mereka akan terharu dan rasa yang dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadap kamu.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang sangat memberi perhatian kepada mereka dan baik terhadap mereka. So,kalau nak pikat wanita pandai-pandailah..
30. Sebenarnya mudah ja nak ambil hati wanita sebab apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

No comments:

Post a Comment