Friday, 9 December 2022

Glamz Hills, Cameron Highlands ♡

Glamping mode on?

Tak sangka Glamz Hills sangat2 lah satisfied!! At first macam nak cuba2 ja, dah sekarang takut jadi penyakit pulak satgi nak cuba kat semua tempat yang ada glamping, buat pasai laa HAHAHAHA but why not kan. Tapi tapi tapi lagi happy sebab dapat celebrate my birthday here aaaaaa sooooo excited. Kat tempat best dengan orang yang terpenting dalam hidup. Bahagianya rasa.

Okay, back to glamping, book through Booking, cuma jangan lupa guna Shopback k. Jangan lupa masuk Shopback dulu then, baru checkout 😉

Untuk Booking, just search ja Glamz Hills. Kalau date hampa nak tu masih available nanti dia keluaq la tu. Kalau tak keluaq means date tu tak available. Good luck k!

Untuk cerita kami, book pon last minute ja sebab plan p hari tak sibuk kan, so confident memang available. Memang tak plan untuk p time weekend. Sebab tak suka bersesak since everybody already acknowledged kan Cameron tu macam mana kalau weekend. Idok la teman nak join sekaki.

Btw, masa sampai kami tak terus check in, kami p cari makan dulu sebab dah plan kalau sampai glamping satgi takmau p mana dah, nak dok rilex saja. So, kita ambik hati 'monster kecik' dulu bg dia happy.

P cari makan area Abang Strawberi. Malangnya anak teruna kite tu tak suka makan strawberi, alooh rugi betoi.

Fries is my favourite

Sebelum gerak check in, singgah sat Cameron Centrum. Bagi budak kecik ni lari2 dulu. First time mai, takda apa sangat noh. Orang pon tak ramai, takda la kena bersesak. So layan anak ootd jap. 


Maknya ootd pon tak dilupa okeh!! Harusla ada jugek. Tapi macam biasa lah kalau ootd sekarang dah ada props. Props hidup, susah sikit nk control hehehe. 


Lepas Centrum, baru gerak p glamping. Time ni dah pukul 5 ptg, kabus dah mai. Hujan pulak renyai2, aduhh syoknyaaa. Taraaaaaa, dah sampai glamping. 


Cantik tak? First sampai rasa macam wow dah. Suka nya tempat macam ni. Seriously, cantik, kemas & bersih. Sejak ada anak ni kan, cleanliness memang top priority sebab tak suka anak dapat sakit. Kalau boleh prevent, memang dari awai nak prevent. 

Jom jalan2 tengok internal glamping ada apa. Katil queen, beanie bag, hammock, meja ngopi with cute deco. Boleh tengok video kat sini ok untuk more details atau story IG.



Kemas kan. Sedap & sejuk mata memandang. Macam ni la baru betui2 boleh lupa kesibukan kota gituuuu.

Ambuiiihhh santai nampak

Lupa pulak nak snap picture dalam toilet, tapi yang pasti toilet dia 5 star of cleanliness, cumanya water heater dia still tak dapat nak heat up suasana sejuk gedi weyyyy. Btw, each glamping ada toilet sendiri, tak perlu sharing, cumanya toilet dia kat luaq. Kalau perasan dalam gambaq ada nampak toilet kat tepi tu. Tak jauh pon. Still dalam kawasan glamping sendiri.

Since nak celebrate birthday mommy sini kan, so deco la sikit tipu2 buat backdrop ootd gituuu heee. Tengok la daddy tengah dok deco la kununnnn.


Tapi yang syok nya gelagat Arman lah. Dia takleh tengok belon donut, kira tu dia punya. Dok berebut dengan mommy. HAHAHA. Tu nangis nak belon donut dia. 



Muka puas hati dapat bawak lari belon donut dia

Gambaq bertiga takdak sebab Arman tengah excited dok berlari, dia takmau bagi kerjasama langsung la. Takpala lagu mana pon. Gambaq dengan husband kami ja ada, heeeeeeee ✌


Ok, continue, kami punya malas keluaq so that decided ambik set dinner dia. Steamboat ler kalau sejuk2 ni kan. RM150 for 2 pax. Tapi untuk kami 2 orang kira terlebih dah ni. Banyak weyy. Arman bukan makan benda2 macam ni. Dia buboq mcD ja dia suka.


Rindu betul suasana macam ni. Dengan angin sepoi nya dengan dinginnya aduiiiii nk buat rumah sini satulah 😂



Malam sejuk betoi wey. Tu tara tengah dok masak steamboat tu. Sup dia pon sat ja sejuk, nak makan tayah tiup LOL hahaha. Adoii feeling betuii rindu nya rasa suasana tu.

Day 2. Macam biasa 5 pagi dah bangun. Maklum la ada anak kecik kan. Sejuk gila weyyyyyyyy. And malam sebelum tidoq jangan lupa pakai stokin k.

Bangun tidoq dengan suasana sejuk berangin2 macam ni kan, syok gila. Kat luaq time macam ni memang berkabus, sejuk gedi. Sementara nak tunggu breakfast sampai, pastu monster kecik pulak baru bangun. Jalan2 dulu layan kabus.


Actually harga glamping dah termasuk breakfast. So breakfast dah tak kalut, hihihihi. Boleh santai2 layan scenery sambil relax2 tunggu breakfast. Breakfast simple saja, tapi cukup la mengenyangkan.


Overall review glamping, sangat2 lah best and sangat2 la enjoy moments kat sini. Walaupun just satu malam, tapi sangat2 lah bermakna dalam hidup gituwwwwww. Yang penting Arman pon happy. Tempat2 luas memang favourite dia lah, syok boleh lari2 takda limit. 

Before end, jom tengok ootd sikit. Thank you daddy bawak mommy celebrate birthday kat sini. Special sangat 😍



And, thank you for the bouquet of love. Mai cameron tak pernah lupa bagi mommy bunga. Suka sangat taw heeeeeeeeeeeee 😚

Bye alls, jumpa next entry.

Lots love, Caca

Tuesday, 6 September 2022

Arman Harraz Turns 2 ☺

Hello!! Jumpa lagi new entry. Special entry nih. Let's throwback into the moments of celebrating Arman Harraz's birthday. 

Theme: Picnic Birthday Party
Location: Taiping Lake Garden

Sejak2 suka p taman tasik Taiping ni kan, maka tercetus la idea nak buat outdoor celebration untuk birthday Arman kali ni. Maklum lah tahun lepas dah indoor, dalam rumah sendiri, deco pon sendiri2 senget benget, dah tu takleh jemput orang pulak tu. Takpa kali ni kita balas dendam k. Happy nya rasa, tengah menaip ni pon mood happy mai taw sebab memang dah terbayang suasana kat sana. Calm and relaxing. 

Pejam celik pejam celik dah cukup 2 tahun anak teruna kesayangan mommy daddy. Means, mommy dah kena find a way to wean off ni *touching*

Macam biasa, idea ni of coz came from mommy and got supported by daddy. Daddy Arman sentiasa ada di belakang kalau mommy nak buat apa pon 😝 Just mentioned it, gituuuuuuuuuuu heeee. Since 29hb jatuh hari Isnin, so we decided to make it on Sunday lah, so that semua orang boleh join kan. Excitednya nk jemput semua orang. Takda la ramai, just family members and very close friend sahaja. 


Comel tak invitation card Arman? Haha nampak sangat mommy nya pon tak berapa nak ada kerja. Alorh, small the matter ja benda2 camni nah. 

Untuk picnic themed deco, cake and cupcakes, mommy dah survey sebulan awai dah. Picnic deco just ambik mini and simple, yet cute for sure 😄. Tang cake tu yang mommy pening sikit at first nak ambik tema apa. Pikiaq punya pikiaq at last idea pun muncui laaaaaaaa.

Excavator!

Arman ni tatau la nak habaq dia memang obses sungguh dengan excavator. Pengaruh Blippi jugak ni haha. Ni kalau tengah jalan ada excavator, mommy terpaksa la slow kan kereta pastu ikot belakang excavator. Dia punya sembang tu tak berenti la dok habaq apa tatau punya excited. Dulu2 mommy pernah tercondemn la orang buat kek like 'apo buat kek letak excavator kat atas kek, nampak tak cantik kek nya haa' naaaaaaa skrg anak sendiri suka pastu mommy jadi sanggup buat saja noh aduih laa. Tu orang kata, kalau untuk anak apa pon sanggup aih. Tapi ni kan birthday Arman, mesti la mommy ikot favourite Arman. Kalau birthday mommy, memang mommy nak yang kek ada duit tu la heeee 😝


Untuk cupcakes pulak, mommy customize design kucing sebab nk sama macam corak baju Arman nk pakai masa birthday party. Hmm gigih kan mommy. Well *mata ke atas* Jap nanti kita cari gambaq zoom in baju Arman hihihi tu pon kalau ada


Untuk deco pulak actually banyak ja pattern deco untuk outdoor ni, tapi mommy pilih yang simple sekali sebab takmau over sangat. Lagi pon dah buat kat tempat yg background memang dah confirm cantik kan. Just additional decoration sikit, buat nampak happening. Heeeeeeee 😬



Ni gambaq snap siap2 sebelum orang mai. Ni dua keping kira habeh elok dah lani hahaha. Sebab satgi kalau orang ramai lagi la dia jadi ikot mood dia, especially dgn tok abah dia. Cucu manja la katakan. 

Arman ni kan before sampai hari kejadian, hari2 dia dok nyanyi happy beday yuyu. Topi birthday pon dok kira nak pakai sedia. Tapi mai hari kejadian, macam biasa kena ikot mood dia haha. Tak kisah la, janji dia happy sudah. Oh another factor pilih taman tasik ni sebab Arman jugak. Sebab dia memang suka tempat luas2 yang boleh lari without limit ni. Haaa, favourite sangat la tempat camni dia.

Event start pukul 11pg sampai 3 lebih mcm tu ja, alhamdulillah langit cerah. Buat bawah pokok sesuai sangat sebab teduh and for sure gambaq semua cantikkkkk sebab no doubt untuk semua gambaq yg background scenary kan. Akak yg nak pasang deco2 tu dh pesan tak bagi buat petang sebab Taiping hari2 memang akan hujan belah petang. Nasib la kami dengaq cakap dia noh. Sebab petang tu memang hujan lebat sangat2. 

Sila lah tengok gelagat anak teruna kami ni bergambaq. Susah dah la nak dapat hat dia elok. Takpalah janji mommy daddy elok sudah heeeeeeee 😁 

Gambaq ni mommy paling love sebab Arman senyum maneh

Sebab nak jugak gambaq dengan kek kan, bonus ada topi tu

Yang ni pon Arman handsome sgt! 

Susah sungguh nak bergambaq dengan birthday boy taw. Dia dh dapat banyak hadiah, excavator pulak tu. Pastu dia dah takmau layan orang dah. Dia nak main ja. Hampa nak bergambaq pasai hampa, gitu la gaya nyaa hahaha adoiii anak! 



Antara close friend mommy and daddy yang mai. Kawan yang mana dok ada belah2 utara saja la boleh jemput pon. Tu pon dah syok dah boleh gather dengan kawan2. 


Before switch to other topic, mai la tengok koleksi muka Arman tak puas hati hahaha.. Geram sungguh2 tu laaa dia sampai merah muka. hahaha



Pukul 3 macam tu actually dh tunjuk sign nak hujan. Mendung ja. Tapi tau tak lepas tu kami sempat p main basikal. Entah la, bila mai tasik Taiping macam tak sah pulak kalau tak naik basikal pusing tasik. rasa tak lengkap. Tapi kan, tengok la gambaq kat tasik ni. Memang cantik warna hijau background dia. Isyyyy, memang suka lah sini! Nampak dah tu mendung kat belakang. haha



Elok2 lepas park ja basikal pastu lari p kereta pastu hujan pon membasahi bumi lebat selebatnya. Sampai ke senja sebelum kami bertolak balik Penang dok hujan lagi. Best kan Taiping. Settle down sini ka Perlis? hahah tak habeh g pikiaq. 

Before end, jangan lupa tengok video2 Arman kat sini k. Tengok la gelagat dia tu. Nakai sangat dah. That's all dulu coretan untuk 2nd birthday celebration Arman. Nanti kita tengok next year nak buat tema apa pulak. Setahun lagi masa untuk pikiaq ni hahaha

Lot's love, mommy Arman 💕

Tuesday, 17 May 2022

Hurry! Hari Raya

Selamat Hurry Raya!!

Haha, raya kelam kabut na tahun ni. Raya pon mengejut2 pulak. Mentang2 dua tahun dah hold raya, kali ni dia bg advanced terus amekau hahaha. Amacam raya hampa, ok ka? Smooth dak even kelam kabut? Kami punya raya alhamdulillah, everything went well gitu. This year turn raya belah cheq, excited sungguh la, kira betul2 raya sungguh. Malam raya tak tidoq, pastu sambung hari raya first lepas tu malam haaaa tidoq ternganga la punya letih. 

Masa announce raya tu semya pakat tak tengok lagi, sebab betul2 baru lepas bukak puasa. Kalut dok luaq rumah pasang pelita la, anak2 fruit dok main bunga api dah. Dengan dok rlx2 sat termenung lepas kenyang bukak puasa. Sekali pukul 8 lebih bukak fb naaaa dh announce dah 2hb raya. Kelam kabut terus. Pesyen mak kami kat kampung kalau raya memang kena buat lemang. Jadinya malam tu jugak tak pikir apa dah terus buat lemang, since semua benda nak buat tu dah ada, cumanya plan nk buat pagi esoknya la, sekali dah raya la pulak esoknya. 3pg jugak baru siap. Dengak kuah laksa pon semua siap lah. Memang dah menjadi rutin kalau raya first memang akan buat laksa. Since tahun ni pon semua adik beradik balik raya. Jarang2 berlaku ni taw, tahun ni kira miracle semua adik beradik ada. Cam tu la kan, bila semua dah besaq dah berumah tangga kan. Lumrah. 

Itu la ja cerita pasal kelam kabut raya 2022, let's go to happy2 moment pulak. Tema raya little family is nude. Kenapa pilih nude sebab baju melayu Arman, nenda dia dah belikan masa nk kenduri adik ipaq haritu and tak pakai lagi pon. So, proceed to this theme la. Untuk hat lain, macam biasa la tema pon kelam kabut sama macam raya jugak. Hahahaha


Kalau raya kat kampung mesti background yang sama untuk bergambaq sebab memang suka hijau2 ni. Semestinya outdoor la kan, lighting pon ok. heeeeeeeeee 😁

Colourful sangat kan tema raya. Tak kisah la, janji raya kat kampung. Syok oooo. Feeling sangat. Memang pala hotak auto jadi calm bila duduk kampung, kena dengan jiwa. Hijau ja tengok alam. Gambaq bawah ni antara tempat favourite la kalau nk ambik gambaq, sebab view elok. HAHA

Dah dua tahun PKP takleh raya kan, so kali ni kita kasi raya betui2 sikit. Gambaq studio tak dilupa. Nak tengok gelagat Arman dak? 

alaaa cayang mommy tu

Studio photoshoot buat seminggu sebelum raya. Arman ok ja, bagi kerjasama. Gambaq semua cantik. Elok dah dekat2 nak habeh, baru dia buat perangai. Nangeh bebai 😅

Pujuk pon tamau jalan dah. Dah bagi kereta dua bijik pon tak jalan jugak. HAHA


Okay, dah pasai Arman bebai. Banyak ja gambaq cantik dah berjaya dirakam gituuuuu. Thank u Arman, saaaaaayang dia tu budak baik sangat tu! 

Jom tengok gambaq yang Arman mood baik pulak. 

Tengah siapkan Arman
 
Ecceeeh, buat sign good pulak
 
Ajak tumbuk ka tu Arman

Ni kira paling handsome la tuh eccehhhh
 
Amboii, pandai betoi posing serious gitu

🎔
 
Yeay!! Salam duit raya!!

Serious sikit lah

Senyum sikit lah

Waaaaaaaaaaaaaaaaa!

Tiap2 tahun kalau berkesempatan memang nak kena ada studio photo for raya. Seronok nak tengok balik nanti bila dah tua. Hai la, rasa masa cepat sangat berjalan ni. Moga2 family kecik kami ni sentiasa happy sampai bila2. Aamin! Eh tidak dilupa kesayangan yang paling2 disayang dicinta ni. Heeeeeeeeeeeee 😁

Rasa nya tu saja la dulu. Jenuh la kalau nk upload semua gambaq punya banyak. Semoga kita semua dipanjangkan umoq untuk berjumpa Ramadhan tahun depan dan berkesempatan sambut Syawal lagi. InsyaAllah. 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin ❤

Lot's love, Cakila!