Tuesday, 6 September 2022

Arman Harraz Turns 2 ☺

Hello!! Jumpa lagi new entry. Special entry nih. Let's throwback into the moments of celebrating Arman Harraz's birthday. 

Theme: Picnic Birthday Party
Location: Taiping Lake Garden

Sejak2 suka p taman tasik Taiping ni kan, maka tercetus la idea nak buat outdoor celebration untuk birthday Arman kali ni. Maklum lah tahun lepas dah indoor, dalam rumah sendiri, deco pon sendiri2 senget benget, dah tu takleh jemput orang pulak tu. Takpa kali ni kita balas dendam k. Happy nya rasa, tengah menaip ni pon mood happy mai taw sebab memang dah terbayang suasana kat sana. Calm and relaxing. 

Pejam celik pejam celik dah cukup 2 tahun anak teruna kesayangan mommy daddy. Means, mommy dah kena find a way to wean off ni *touching*

Macam biasa, idea ni of coz came from mommy and got supported by daddy. Daddy Arman sentiasa ada di belakang kalau mommy nak buat apa pon 😝 Just mentioned it, gituuuuuuuuuuu heeee. Since 29hb jatuh hari Isnin, so we decided to make it on Sunday lah, so that semua orang boleh join kan. Excitednya nk jemput semua orang. Takda la ramai, just family members and very close friend sahaja. 


Comel tak invitation card Arman? Haha nampak sangat mommy nya pon tak berapa nak ada kerja. Alorh, small the matter ja benda2 camni nah. 

Untuk picnic themed deco, cake and cupcakes, mommy dah survey sebulan awai dah. Picnic deco just ambik mini and simple, yet cute for sure 😄. Tang cake tu yang mommy pening sikit at first nak ambik tema apa. Pikiaq punya pikiaq at last idea pun muncui laaaaaaaa.

Excavator!

Arman ni tatau la nak habaq dia memang obses sungguh dengan excavator. Pengaruh Blippi jugak ni haha. Ni kalau tengah jalan ada excavator, mommy terpaksa la slow kan kereta pastu ikot belakang excavator. Dia punya sembang tu tak berenti la dok habaq apa tatau punya excited. Dulu2 mommy pernah tercondemn la orang buat kek like 'apo buat kek letak excavator kat atas kek, nampak tak cantik kek nya haa' naaaaaaa skrg anak sendiri suka pastu mommy jadi sanggup buat saja noh aduih laa. Tu orang kata, kalau untuk anak apa pon sanggup aih. Tapi ni kan birthday Arman, mesti la mommy ikot favourite Arman. Kalau birthday mommy, memang mommy nak yang kek ada duit tu la heeee 😝


Untuk cupcakes pulak, mommy customize design kucing sebab nk sama macam corak baju Arman nk pakai masa birthday party. Hmm gigih kan mommy. Well *mata ke atas* Jap nanti kita cari gambaq zoom in baju Arman hihihi tu pon kalau ada


Untuk deco pulak actually banyak ja pattern deco untuk outdoor ni, tapi mommy pilih yang simple sekali sebab takmau over sangat. Lagi pon dah buat kat tempat yg background memang dah confirm cantik kan. Just additional decoration sikit, buat nampak happening. Heeeeeeee 😬



Ni gambaq snap siap2 sebelum orang mai. Ni dua keping kira habeh elok dah lani hahaha. Sebab satgi kalau orang ramai lagi la dia jadi ikot mood dia, especially dgn tok abah dia. Cucu manja la katakan. 

Arman ni kan before sampai hari kejadian, hari2 dia dok nyanyi happy beday yuyu. Topi birthday pon dok kira nak pakai sedia. Tapi mai hari kejadian, macam biasa kena ikot mood dia haha. Tak kisah la, janji dia happy sudah. Oh another factor pilih taman tasik ni sebab Arman jugak. Sebab dia memang suka tempat luas2 yang boleh lari without limit ni. Haaa, favourite sangat la tempat camni dia.

Event start pukul 11pg sampai 3 lebih mcm tu ja, alhamdulillah langit cerah. Buat bawah pokok sesuai sangat sebab teduh and for sure gambaq semua cantikkkkk sebab no doubt untuk semua gambaq yg background scenary kan. Akak yg nak pasang deco2 tu dh pesan tak bagi buat petang sebab Taiping hari2 memang akan hujan belah petang. Nasib la kami dengaq cakap dia noh. Sebab petang tu memang hujan lebat sangat2. 

Sila lah tengok gelagat anak teruna kami ni bergambaq. Susah dah la nak dapat hat dia elok. Takpalah janji mommy daddy elok sudah heeeeeeee 😁 

Gambaq ni mommy paling love sebab Arman senyum maneh

Sebab nak jugak gambaq dengan kek kan, bonus ada topi tu

Yang ni pon Arman handsome sgt! 

Susah sungguh nak bergambaq dengan birthday boy taw. Dia dh dapat banyak hadiah, excavator pulak tu. Pastu dia dah takmau layan orang dah. Dia nak main ja. Hampa nak bergambaq pasai hampa, gitu la gaya nyaa hahaha adoiii anak! 



Antara close friend mommy and daddy yang mai. Kawan yang mana dok ada belah2 utara saja la boleh jemput pon. Tu pon dah syok dah boleh gather dengan kawan2. 


Before switch to other topic, mai la tengok koleksi muka Arman tak puas hati hahaha.. Geram sungguh2 tu laaa dia sampai merah muka. hahaha



Pukul 3 macam tu actually dh tunjuk sign nak hujan. Mendung ja. Tapi tau tak lepas tu kami sempat p main basikal. Entah la, bila mai tasik Taiping macam tak sah pulak kalau tak naik basikal pusing tasik. rasa tak lengkap. Tapi kan, tengok la gambaq kat tasik ni. Memang cantik warna hijau background dia. Isyyyy, memang suka lah sini! Nampak dah tu mendung kat belakang. haha



Elok2 lepas park ja basikal pastu lari p kereta pastu hujan pon membasahi bumi lebat selebatnya. Sampai ke senja sebelum kami bertolak balik Penang dok hujan lagi. Best kan Taiping. Settle down sini ka Perlis? hahah tak habeh g pikiaq. 

Before end, jangan lupa tengok video2 Arman kat sini k. Tengok la gelagat dia tu. Nakai sangat dah. That's all dulu coretan untuk 2nd birthday celebration Arman. Nanti kita tengok next year nak buat tema apa pulak. Setahun lagi masa untuk pikiaq ni hahaha

Lot's love, mommy Arman 💕