Tuesday, 28 December 2021

29th Birthday Celebration ❤

Assalamualaikum and hi ✌

Lama nya tak menulis nulis luahkan perasaan. Sibuk maklum la hot mommy to one little creature heeeeee. Tahun ni genap la umoq cheq masuk 29. Alamakk last 20s depa kata. Depa la kata. Aku ok ja, janji sentiasa awet muda, happy go lucky. Age is just a stupid number LOL. Alhamdulillah syukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang. Ada satu loving husband and the most manusia yang paling ada common sense goes to him la ( i love you), ada one little creature yg tiap2 hari mewarnai hidup mommy, Arman Harraz cemboi, family and family in law which everything make me sooooooo complete, no doubt. Tak minta lebih, semoga depa semua sihat sentiasa. 

Kalau tekak rasa nk makan makanan kampung, balik rumah mak. Kalau tekak rasa nak makan kari, don't worry rumah mak mentua ada tiap2 hari. Hehehehe. Seronok kan. Hajat hati sentiasa tercapai. Kalau nk p jalan pulak jangan cakap, tiap minggu memang tak dok rumah. Everyday I'm happy.

'Happy wife happy life' they said HAHAHAHA

Hmm. Harap tak MCO balik sudah la. Tidak, kurung pulak. Kita ok lagi, kesian Arman. Dah la sekarang tengah fasa curious semua benda, kalau kurung balik jenuh la nak mengadap dinding ja dia haisyy

Woi, jauh merewang. Sebenaqnya nak share pasai post-birthday celebration haritu. Hihihihihihi. Bukan selalu daddy nak sweet2 taw. Hari2 sweet cuci pinggan mangkuk ja, sekali sekala sweet la cam ni pulak kan. Wekkk 😎

Location: Lebanon Restaurant


Thank you so much daddy. On my birthday, nothing much I requesting for. Just hope that our marriage will last forever ever ever after!! Muahx 😁

IG Reel: klik sini

That's all dulu. Happy holiday and happy new year! 

Lot's of love ❤❤❤



Monday, 13 September 2021

Arman Harraz Turns 1 ☺

Assalamualaikum & good morning!

Let's start a new day with fresh and positive vibes. Entry kali ni nak share moments celebrate birthday anak teruna kami. Kejap ja dah setahun, hai la anakk. Haritu rasa macam baru jaga dia dalam pantang, tapak kaki pon baru besaq dua jari. Lani ka, tapak kaki dok kat muka mommy sedia time tidoq suka betoi pusing 360 darjah. Jangan cepat besaq sangat anak, mommy tak puaih lagi main dengan dia, peluk dia, gomoi dia. Takpa2, janji anak mommy ni sihat tubuh badan, aktif selalu.

Alhamdulillah, sepanjang setahun ni tak pernah sekali pon Arman susahkan mommy daddy. Tak pernah sekali pon sepanjang setahun ni Arman sakit ka demam ka. Arman memang kuat, wow! Arman maintain macam ni taw. Salah satu sebab Arman sentiasa sihat mommy yakin mesti sebab Arman fully breastfeed. InsyaAllah mommy akan usaha sampai Arman 2 tahun, ok. And guys, jangan lupa ambik  insurance for your baby k. Kalau boleh ambik masa baby dalam perut lagi bagus. Much more benefit even for moms. Hee selit sikit na even kami ni bukan ejen insurance. 

Lagi, Arman tak pernah jaga malam ajak mommy daddy main, tu mommy memang impress gila. Thank u Arman behave sgt, taw kan mommy kerja kena bangun awai. Normally Arman akan jaga malam untuk susu shj, then dia akan lena balik. Waktu tidoq Arman memang mommy jaga, tiap2 malam 9:30 ke 10 Arman memang akan lena. Arman maintain macam ni taw. hihihihihi

Untuk 1st birthday Arman ni actually mommy pening jugak nk buat kat mana theme apa. Maklumla time PKP kan apa semua tak boleh hurmm kesian anak mommy ni membesar zaman pandemik. Kalau tny daddy dia lagi la karut nak p celebrate birthday kat hotel ja sebab malas nk renyah. Tapi masalahnya skrg tak boleh p hotel tak boleh p mana, hmm sedih la. Kalau tak, mesti dah p celebrate kat cameron. Kesian Arman sweater konon nk p Cameron mommy beli kecik gitu ja. Takpa, daddy kata nanti kita nak p Kundasang lagi, eh eh. Tapi haritu actually Arman dh p la, tp dok tidoq dalam perut mommy. Hihihih. Okay, so back to topic, 2 months early mommy dh godek2 dah theme apa boleh buat. 

"Safari Themed Birthday Party"

Since semua benda kena beli online, so memang kena beli awai la. Shopee ni memang sangat2 membantu la, semua benda dari A-Z mommy beli kat shopee hihihihi. Since birthday Arman 29/8 jatuh hari ahad, so Sabtu malam tu mommy and daddy pon gigih la deco. Adoi mommy dh la jenih jari bukan berseni, hentam p la. Lepas ni memang mommy bayaq ja planner buat atau kita p ja la celebrate kt luaq. Hahahaha. 

3 pagi baru siap. Tu pon tak semua, bangun pagi esok kena touch up sikit mana patut. Tapi hasil dia memang kagum la jugak dengan diri sendiri kan. Mommy daddy dua2 tangan keraih hahaha

Tunjuk gambaq teaser sikit hihihihihihi. Masa ni mommy kat tempat kerja (kena jolok hidung, maklum la musim pkp ni kan berapa kali ropong lobang hidung pon tataw laaaa) pastu daddy send gambaq ni, tak sabaq la mommy nk balik kalo gituuuuuu hihihih. Cute kan 

Gambaq kelabu asap ni sebab dari kamera fon daddy la HAHAHA

Plannya pagi mommy dah nk siapkan Arman and tangkap gmbaq cantik2. Tapi masa memang cepat betoi jalan noh, dengan mommy last minit company panggil p buat swab test, pastu balik baru la boleh siapkan Arman. Nasib la pagi2 mommy dah siap masak. Takdak jemput orang luaq pon, just family daddy shj since itu ja yg ada kt Penang ni kan. 

Happy 1 year old anak mommy!

Amboi sengih!!

Mommy doakan Arman sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, akal fikiran yg bijaksana, boleh bezakan mana yg baik makan yg buruk, sentiasa dengaq cakap orang tua, buat baik dengan semua orang, sayang mommy and daddy selalu. Mommy dah terbiasa cakap macam ni sebab tiap2 malam dok cakap kat Arman sebelum dia lena. Dia nanti akan tengok ja mata mommy macam paham apa mommy cakap. Communication is key guys. Keep talking with your baby even he is sleeping, ok. 

Next. Little family photo is a must!

Adoi daddy pon, Penang dah masuk fasa 2 kot, barber dah bukak,
dia boleh dok bela rambut lg.Yg mommy pon busy sgt pg tu
takdan nk tengok rambut daddy,nak tangkap gambaq baru
perasan la adoi

Arman dah nampak excited tu sebab dia dah nampak animal. Geram dah tu

Mommy gigih cari baker yang boleh buat cute cake and cupcakes ikot theme. Nasib baik ada. And wow nice juga! Mommy puas hati and Arman pon syok tengok gajah tu. Hihihihi. Alahaiii sayangnya nak makan, comey sgt!

 

Overall birthday celebration for Arman ok, cuma dia akan jadi excited kalau nampak wan dia, jadinya semua benda tak kena la nak wan dukung ja haha. Tapi kena cepat2 la kalau nk ambik gambaq dia. So ada la nangis ada la suka. Hihihihih.

Husband's

Siap celebrate, petang mommy and daddy keluaq bagi goodies bag kat anak2 kawan mommy daddy. Macam tu ja la cara celebrate birthday musim PKP ni kan, yang penting semua orang tak dilupa. Kongsi2 rezeki. 

Plannya nak bg Arman pakai outfit animal la dengan background safari, tapi siang tu dh tak boleh la. Malam baru continue. Hihihihihi


Tengok la Arman punya birthday present. Seronoknya mommy tengok. Zaman mommy kecik dulu mana la ada benda2 cam ni. Sekarang tumpang happy tengok Arman happy. Thank u semua. Arman so happy!

Malas la nak upload video2 sini, satgi jadi tak betoi la tak boleh bukak la, macam2. Boleh usya story IG k. (klik sini) and boleh juga tengok reel kat IG Arman (klik sini)

Before end, I love you so much Arman, my little human who has changed me a lot!! Sayang sangat! No one can ever replace my purest love for you. Promise to love me back as much as I love you when I'm older later. Why I'm crying when I'm typing this huh? No no. I'm not touching hmm tipu

Sayang dia tu!!

Lot's love, mommy Arman ❤ 

Tuesday, 17 August 2021

Cinta hingga ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim. Tataw nak mula dari mana, sebab dua tiga hari ni mood dok berduka. As kita semua acknowledged, baru ni arwah Siti Sarah meninggal dunia asbab covid, meninggal selepas melahirkan. Ya Allah, sedih sungguh la. Sungguh-sungguh punya sedih. Dah berapa hari dah dok sedih tak habeh lagi la aduhhhhh. Tapi arwah dah tentu2 masuk syurga, kita yang hidup ni kena teruskan hidup macam biasa. Hmm. Banyak benda nak cakap. 

First.. Covid-19 yang maha jahat ni. Hingga ke hari ni saat ni, kes makin dok naik mencanak-canak oi, smpai 20K sehari. Hampa rasa apa. Entah la kat mana silap. Kita dah jaga kita. And memang ada jugak among us yg tak jaga diri sendiri, tapi entahlah still hairan silap tu kat mana. Nampak makin hari makin dok naik kes, bukan makin dok turun. Sedih tataw nk habaq. Tu baru cakap pasai kes positif. Belum cakap pasai kematian lg, hari2 beratus2 orang mati wey Ya Allah. Nyawa tu. Bukannya hari2 beratus2 orang pengsan pastu hidup balik, bukan2. Ni mati yang memang takkan kembali dah. Hampa taw dakkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Aduii aku emo betoi la. Dah la tak boleh p mana, tapi kes makin dok banyak ja. Kesian kat anak aku, dok berkurung ja. 

Back to kisah arwah Siti Sarah, sesungguhnya jadi sedih sangat and terkilan sebab kisah loving dan hubungan kasih sayang yg arwah dan Shuib selalu tunjukkan tu. Sangat la menyentuh hati. Depa memang loving couple and always happy family, nampak ikhlas sangat kasing sayang tu dalam mata masing2 hmm. Nampak ikhlas sangat2 Shuib layan anak2, layan arwah lagi lah. Semoga Shuib tabah teruskan hidup jaga anak2 depa.

Aku pernah terfikir. Dalam keluarga kecik aku ni, biar aku mati dulu sebab aku tak sanggup nak menanggung sakit nya kehilangan orang yg kita sayang, sakitnya merindui atau mengingati seseorang yg dah tak da. Tapi pernah tak kita terfikir kalau kita yg pergi dulu, macamana perasaan orang yg kita sayang yg masih hidup ni nak menghadapi hari2 depa pulak tanpa kita hmm. Mungkin sebab tu lah ajal maut jodoh pertemuan semua rahsia Allah. 

Sesungguhnya aku sayang dan cinta suami aku sangat2 demi Allah. Biarlah jodoh kami berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan dipertemukan semula di akhirat. Kekalkanlah kebahagiaan dan kemanisan dalam rumahtangga kami sebagaimana yg kami lalui sekarang. Aamiin. 

Touchingggggggg hmm 😣

Sayang husband!! Sayang Arman Harraz!!

Tuesday, 18 May 2021

Raya PKP 3.0

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Salam 6 Syawal 1442H. Salam PKP 3.0 amboiiiii haaa gituu. Kesian o nohh raya pkp ni. Apa pon tak boleh la kata. Dok la hang diam2. Makan la ketupat lemang sorang2 hahahaha adan uker. Nasib baik la kami ni ada mak mentua jugak kat Penang ni, tidak lagu mana la sambut raya takdak orang tua. Takleh imagine hurm. 

Dikesempatan ni saya meyusun sepuluh jari memohon ampun salah dan silap. Salam 0-0 hhahaha tak habeh g salam. Okay, sekarang kita letak tepi pasai PKP ka apa2 salam ka. Tiap kali entry mesti la kena cerita syok. Tak kosser nak share benda2 sedih benda2 tak syok noh.

Let's start. Since tahun ni raya memang turn rumah mentua pon, so okay la kan. Theme: purple. Dah dipilih siap2 oleh mak mentua kami naaa sebab haritu plan nya nak pakai kenduri adik ipaq kaler purple last2 sebab pkp sat ada sat hilang sat muncui macam chips more tu kan, maka tak jadi la kenduri nya. Jadinya kaler purple ni di postpone pakai untuk raya la cerita dia. 

Sebelum puasa lagi memang dah plan dengan husband tahun ni nak p shoot raya d studio jgk, sebab raya tahun ni dah bertiga. Awal2 terfikir jugak puasa and raya PKP ni sumpah tak best, apa pon tak boleh. Tapi pikir jugak kesian Arman. Last2 year kemain mesti p photoshoot studio. Takkan Arman dh keluaq ni tamau photoshoot pulak, adoi. So, cam biasa mommy pon kalut la prepare baju melayu Arman, nak sedondon dondon la. So awai2 puasa semua dah siap, since photoshoot nya before raya. Okay jgk noh prepare awai2, jadi tak kalut. 

Family potrait



Kasi can mommy daddy pulak taw Arman. hihihihihi

Syamirul 💕



okay2, Arman dengan mommy and daddy pulak.

Buah hati 💋



Naaaaa, gambaq hero kesayangan mommy daddy pulak. Tapi mood tak baguih sangat dia.

Arman Harraz bin Muhammad Shahmir Amirul


Gambaq photoshoot ni boleh la simpan buat kenangan di masa depan. Tiap2 tahun raya ada. Harap maintain lah sampai ke anak berapa nanti eah. Berapa2 pon lah hahaha. Jadinya setel photoshoot, balik lena. Cuci balik baju, simpan pakai raya. Heeeeeee senang kerja nanti raya tinggai beraya ja tak kalot nak posing sgt dah.

Pejam celik pejam celik hari raya dah nak tibaaaaaaaaaaaa. Puasa kali ni perasan dak rasa cepat kan masa jalan. Kejap ja tengok2 dah raya. Tambah2 kalo ada anak kecik kat rumah kan lagi la cepat rasa, sebab busy betoi melayan anak. Tengok2 dah malam hahaha tengok2 dah raya.. Cam gitu lahhh..

Kesian Arman, baru first time nak raya, tapi semua limited. Main bunga api depan rumah nenda ja. Tahun depan kita main bunga api kat rumah nenek pulak k.


in case video takleh play: tekan sini


Family mentua. Theme: purple




Gambaq mommy daddy syok sendiri pulak na. hhihihih


Baju cun mommy from Wanzar and daddy from Prima Valet.

Okay lah next dengan kesayangan mommy daddy yang masam ja sebab ngantok. Yala, pagi bangun awai sangat, time ni memang time tidoq dia la.





Tak sure lah apa yang happy sangat tu.. Raya kan, jangan la sedih2. PKP pon jangan la sedih2 jugak. Raya tetap raya.  kan kan. hihihihihihi

Sekian dulu suasana hari raya 2021.

Lot's love, Syakila 💗

Friday, 5 February 2021

Tortilla wrap versi senang sangat!

Assalamualaikum & salam pkp sambung lagi pulak!

Entry kali ni nak share pasal resepi tortilla wrap versi hentam ikot pala sendiri na. Baca tu dengan nada lembut taw, jangan ganaih2. Terajinnya nak buat benda2 ni sebab yala kena WFH kan, so jadi la bersemangat nak buat itu ini. So salah satunya buat wrap ni untuk breakfast & sempat la repeat berapa kali. Prepare bahan2 dia extra then simpan peti. Bila nak makan just wrap then masuk pemanggang ajaib & makan. Nak guna microwave pon bole, oven pon boleh. Tapi tak perlu overcook, sebab ayam grilled & scramble egg kan dah masak. Cuma nak panaskan wrap dia ja. 

Let's start!


Salad habis so tak yah letak, letak hat mana ada ja noo. Senang kan? Alamak ada satu terhangit, biasala ada baby kan hahaha baby pulek salah. Selamat memasak & selamat bekerja dari rumah. Hashtag kita jaga kita.

Lot's love,

Syakila 👯



Thursday, 4 February 2021

Baby Potato 👶

Assalamualaikum & hello & salam pkp 2.0!!

I come again with new fresh & positive vibes, and for sure with new life with my little precious. Even if I still busy with my baby, but I'm still interested in writing my blog, ok haha. Entry kali ni rasa macam nak kongsi experience dari start pregnancy sampai la deliver. 

After almost a year kahwin, dikurniakan rezeki pregnant. Actually, yes memang planning at least setahun after kahwin baru nak ada baby, sebabnya mommy & daddy ada macam2 plan sebelum ada baby hahaha. Mesti la plan berjalan kan, apa lagi. Dah jenih kaki jalan. Oversea sempat p Maldives pon dah kira paling best dalam hidop dah. Ada baby kira travel dengan baby pulak lah. Tapi tula, timing tak baguih dengan time Covid sekarang ni, apa pon tak boleh. Hmm

End of 2019 me & husband were surprised by this news. Actually masa hujung2 Dec tu dah rasa lain macam. Lain macam sgt2 lah, macam bad mood, lembik ja badan pon asyik dok suam2 kuku ja. Tapi kerja still dok p mcm biasa. One day decided nak check UPT & yes, I'm pregnant. Nervous gila time tu tataw nk express mcmana. Happy + nervous + semua ada. Nangis happy mommy dgn daddy ni hahaha. Lawak pon ada. Next day, terus p klinik utk double confirm, then it's already 5 weeks. Double excited+nervous lah!

Haaa, start ja taw pregnant ni macam2 la perangai mai dah.  tapi bukan buat2 na. Dia punya alah tu masyaAllah, sedih sungguh. Sampai berat pon turun la. Makan tak lalu, semua benda tak kena aih. Yg paling penting makanan favourite that is LAKSA terus tamau hahaha ni lawak. Muntah2 tayah habaq. Gosok gigi pon muntah, bau itu ini semua tak kena aih.. Skincare semua kena tukaq na sebab  tak suka bau yg current dok pakai. Sabun mandi pon. Adoi la baby perangai no. Malas la cakap banyak pasai alah, sebab memang teruk nau. 

And 1 more, ni lagi satu masalah. Dah la tengah dok alah teruk, haa time ni la nk p Sabah & Melaka tu. Hampa rasa camana? hahaha adoiii la. Memang tengah dok loya teruk sampai decide tamau ikot depa p Sabah . Sabah ni kira salah satu tempat yg semangat sangat2 nak p la kata, tapi sanggup tamau p sebab dah tau mesti nanti monyok ja hahaha. Dah sungguh. Tapi p jugak la.

Dah balik Sabah, p Melaka pulak. P jugak, ya la sebab tiket beli zaman tok kadok lagi mana la nak taw tengah early of pregnancy kan masa tu. hahaha. Elok balik tu PM kita announce PKP, haaa berkurung lah kita ya. Masa PKP mmg totally WFH takleh masuk kerja 2 bulan rasanya. Memang dok umah tapi kerja lena ja dengan rumah sebelah hari2 dok masak baunya takleh  betoi. Sampai dok dalam rumah pon pakai mask la. Hmm dugaan btoi.

Sekian cerita pasai alah. Alhamdulillah masalah lain takdak. Semua ok, semua hijau kat buku pink tu. Gula ka darah ka komplikasi lain ka memang takdak, bersih. Yg tu bersyukur sgt. Smpai la baby lahir. 

dari dalam perut suka lena letak tangan kat atas naaa amboii  

Yang time nak beranak pon lawak jgk. Hampa taw dak aku p mana? P spa kot. Amboiii sgt kan. Ptg tu p spa buat facial dgn husband, pastu balik dr spa nk p dinner tak tahan nak terkucil, berenti petron naaa sekali ayaq ketuban leaking. Nervous terus p hospital la sebab nampak leaking sekali bleeding.

Admit pukul 10 lebih nak dekat 11 macam tu, malam na. Dinner pon tak dan aih, punya cuak. Maklum la first baby, kita takleh nak expect kan. Sakit mmg tak rasa, tapi mana taw baby dh tunggu kat pintu dh haaaaaa.. gituu.

Smpai hospital tu pukul 8.30, 9 macam tu ja. Tapi biasa la kan procedure dia. Tapi aku still okay ja takdak rasa apa pon. Masih tak terasa baby dah nak on the way ni haha. 

Lepas admit pon, still okay, cuma dah start takleh tido sebab nervous, bukan sakit hmm plus rindu husband hahaha. Sempat lagi video call husband. Husband balik hantaq mak then dia mai balik tunggu kat bawah hospital, maklumla pkp ni kan sapa pon takleh teman hmm sedih ngat! Smpai pukul 4pg takleh tidoq dah dia dok mai rasa dah. Yg lawaknya nurse suruh call husband dulu sebelum masuk labour room, aku punya sakit takleh tahan dah sampai baling ja fon p mana tataw dah. Dalam hati kata kalau fon aku hilang, aku beli lain (and after bersalin walaupon fon tak hilang, tapi husband bg new fon as present bersalinkan Arman, weeeeeeee 😃).. Sakit tu memang melebihi segala-gala sakit yg pernah aku rasa sebelum ni, ya Allah. Rupanya dari dalam ward lagi dah bukak 10cm, patutla semacam. Adoii

Jadinya 4.52pagi selamat la keluaq seketul baby potato. Semuanya mudah, syukur sangat2. Memang masa pregnant selalu cakap tamau dok hospital lama2, nak p untuk bersalin semata-mata then nak balik. Mindset really important gais. Semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah.

4.52am, 2.95kg, normal delivery

alah alah alah. kuatnya bau baby time ni. rindu sangat!

Arman Harraz bin Muhammad Shahmir Amirul

Arman 👉 harapan, aspirasi

Harraz 👉 yang amat warak

Masa pregnant dah start fikir nak letak nama apa yg bagi maksud baik2. Semoga membesar jadi anak yg soleh, baik, buat baik dengan semua orang, dengaq cakap. Hari2 cakap kat telinga Arman sampai hari ni. heeee 😊 

Nama jadi panjang sebab nama pak dia la. Yg tu takleh buat pa dah. 

That's all dulu lah a bit story to be remembered. 

Details letak sini so that mommy akan sentiasa ingat k!

Lot's of love, hot mommy 💟

Thursday, 14 January 2021

M E L A K A

 Happy New Year!!

Wow seems 2020 fly so fast & buku merah free from cop eah untuk tahun ni. Hurmm Covid please please go away. Sejenih kaki jalan takleh dok diam ni susah oo, hampa taw apa. Tapi....... before really end of 2020, mommy & daddy Arman sempat jalan2 heeee. And of course it's Melaka which is tempat bercinta dulu la gituuuuu. After 5 years, ha jejak kaki balik kat tempat study dulu & semestinya banyak sangat kenangan pahit manis untuk dikenang. Plus, trip kali ni kami tak pi bertiga saja (eh dah bertiga pulak entry kali ni sebab baby Arman dh keluaq haha), tapi dengan kawan2 ex-UTEM, ex-BENT so makin meriah la. 

Before kita start, sebenarnya haritu bulan March 2020, dah p Melaka maklumla flight tengah murah time tu. Tapi tula orang cakap kita ni hanya mampu merancang, selainnya Tuhan yang tentukan. Masa March tu, tengah pregnant Arman 4 bulan. Balik dari Sabah terus fly p Melaka, tapi sempat tido 1 malam ja, sebab dapat news maktok husband meninggal, so terus balik Penang on the spot. Then plan nk p lagi sampai ke sudah la tak boleh p sebab PKP pulak. So, betul2 hujung tahun lepas plan pon last minit, terus p la cerita dia. Malas cakap banyak dah. hihihihihi  

Trip kali ni banyak tujuan jugak la, selain nak mengimbau nostalgia, salah satunya nak monitor Arman punya behaviour time travel macam mana, under control ka tak ka since this was his first time travel kan. Dengar2 orang cakap susah travel bawak baby ni. Takpa kita cuba dalam negeri dulu k, kalau berjaya baru proceed to oversea yeay! 

Hurmm, macam biasa intro panjang betoi. Let's start. Hari Selasa pagi betul2 lepas Subuh dah gerak. Arman tak kejutkan lagi & tak bagi mandi pon plan nanti bagi dia mandi RnR sj. Tapi good boy sangat dia lena ja all the time dalam kereta. 

 

Senang kerja mommy, boleh rehat tangan & teman daddy drive. First place nak p, depa ni plan nk makan nasi ayam Mak Esah kat Durian Tunggal. Ohh btw itenary husband dh buat siap2. Maklumla p dengan kawan2 kan, senang nak follow. So, kita pon follow itenary dia. Cerita dia kami yg jauh dari Penang ni sampai dulu. Satu kereta dari Jengka & satu lagi dr KL. Cuba la teka yg mana sampai paling lambat hahahaha. Nvm let's proceed. Dah kami sampai dulu, kami hentam dulu la noh nasi ayam tu sementara tunggu yang lain. Lapaq sangat dah.

Nampak besa ja nasi ayam ni, tp memori tu nampak luar biasa!

Sementara tunggu kecik & dyla, dan la kami pusing2 satu Durian Tunggal menengok rumah sewa dulu2. Rindunya noh zaman2 belajaq dok lalu jalan tu p kelas. Next destination lepas meet kecik & dila, kami p terjah coconut shake batu berendam. 

Coconut Shake Bt Berendam

Kat sini baru meet Abong & Jagongs, 2 ketui bujang yg paling lambat, meanwhile depa gerak  dari KL ja k. KL. Yes, coconut shake klebang lagi famous tapi in term of kesedapan & kenostalgiaan gitu kan sebab dulu2 lg suka lepak batu berendam dari klebang. 

eh eh mau ka tamau ni

kedai dah bertukaq jadi bawah bumbung

Ingatkan panas sampai ke petang kan, rupanya hujan di tengah hari. Lebat btoi2 punya hujan, baru nak rasa sejukkan tekak di tengah panas, rupanya di tengah sejuk kahkahkah 😆😆 

After that, p check in dulu. Kami book The Wave sebab pool dia nampak menarik. Tapi tu la, mommy sejak ada anak ni mana la dan nak p berendam rendam. Boleh tengok ja. 

Untuk makan malam, kami decide untuk p Asam Pedas Jr at first, tapi since semua malas nk p sampai ke bandaq, then choose asam pedas area2 situ ja. Boleh la makan untuk hilangkan rasa lapaq. No ✩ at all hmm. Environment pon tak menarik, kedai tepi jalan ja. Apa ke nama lupa dah. Biaq p

Next, proceed to Kg Morten. For me & my husband, kalau dulu2 suka pekena mee sentosa situ. Tapi since dah kenyang, usya2 ja la kedai tu. Dah banyak berubah hmm.. Dah upgrade dari kedai bawah payung ke restaurant dah. Since tak makan, so jalan2 ambik gambaq saja la.

Kesian hat bujang2 kena layan hat berumah tangga ni hahaha. Apa nak buat kan, layan kan ja la. 

tukang ambik gambaq haha

Mommy & daddy Arman pon nak oohhtidi jugek. Kasi can la okeh. Nice jugak gmbaq malam2, maklumlah la dah lama tak lepak bawah sinaran rembulan gitu

i ❤ u

Arman suka tamau layan mommy

Next, balik apartment since hari pon dah lewat & hujan pon lebat gila2 lah. Payung gambaq Arman ootidi satu k auncle onti semua.

Nak tidoq pon senyum

Dalam tidoq pon senyum haha

Second day breakfast semestinya d Roti Canai Kayu Arang. Nice weyh semua menu not bad. Second time mai. First time mai masa bulan March haritu lah. Rasa macam masa zaman kami belajaq dulu takdak lagi kedaini, tu yang taktau. Entah la tah2 kedai ni yang menyorok sebab tu kami tak pernah makan sini hahaha. Tengok la makanan dia kat bawah ni. Sedap kan

Segala jenih makanan order sebab nak rasa semua kalo boleh haha

roti doll

Next lepas siap makan balik apartment dulu siap2 sebab hari ni masa untuk berjalan seharian so kena mandi wangi2 boh perfume banyak sikit na. Maklumla Melaka is hot gitu hahaha. 

hai kawan2. Arman dah siap mandi ready nak jalan2 ni. 

Plan aktiviti untuk hari ni p berjalan area bandaq & area bangunan merah la seharian smpai ke petang na. Tapi panaih btoi la. Risau jgk Arman tak ok, tapi seb bek dia cool ja hoho


Jahat la uncle bong ambik gambaq tak nampak muka handsome Arman. Tunggu nanti Arman besaq haa

Photo of my little family is a must!

Pastu tengah panas rembang ni pekena cendoi jam besaq dengan ayaq tembikai uihh puass merecikk k


Saja nak habaq area jam besaq takdak orang haritu. Cun jugak la kami decide nak p time weekdays, tamau bersesak. SO, memang btoi2 takdak orang. Syok rasa.

Kosong kan? Syok ooo takdak org

Lepaih tu, kami bertiga ja p jalan area kapai. Nak p jgk situ sebab tempat dulu2 dating hahaha.. Kena tunjuk kat Arman. Hee 😉

Arman dalam hati: ohh ni ka tempat daddy mommy selalu dating *buat muka*

I love u daddy!

Next p Pantai Klebang pekena rojak pa dulu. Tapi gmbaq takdan nak ambik dah aih. Ada gmbaq Arman ja tengok rabbit.

Arman kerja nak pegang jaaa dia

Dah banyak dah perubahan Klebang sekarang. Kedai makan atas bas pon dak takdak. Aloo syian. Baru nak merasa makan atas bas balik macam dulu2. Auww so sweet. Rindunyaa

Next before p dinner, kami balik apartment dulu. Maklumla ada baby so macam2 nak kena prepare. Dengan fresh milk dia, so decide balik. At the end, depa ni pon ikot balik jugak. Mandi la pa lu bg segaq sikit badan kan. Baru syok. 

Untuk dinner plan nak makan Umbai la Alai la, last2 pikir journey sj dh buang masa sebab jauh sikit, so decide p yang dekat sikit. Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Nice jgk, not bad.

smile! Arman lena

ada lagi ikan sekoq tak sampai lagi

Suka sangat gambaq ni. Pandai jagongs snap! hee

okay, balik tidoq na. Tapi sebelum lena, husband aku buat gila ajak stay lagi semalam kat Melaka sebab tak puas jalan. Ada banyak lagi makanan favourite kami dulu2 yang tak sempat makan 2 hari ni addoi. Aku on. Jadinya bersambung la lagi sehari kami kat Melaka. Yang lain balik dulu masing2 ada hal sendiri kan. for for next, aktiviti kami bertiga shj la. My little family jalan2 cari makan.

Babai auntie dyla & uncle kecik. Nanti mai rumah k main dgn Arman lg

Oh, btw kami dah tak stay The Wave dah since book untuk 2 malam ja kan. For another 1 night kami stay hotel. So, start dengan lunch untuk harini asalnya nak makan Ayusri, tapi sayangnya bila p sana tengok kedai tu dah takdak hmm sedih. Then kami decide lunch kat go-kart, pon tempat makan favourite kami dulu2 jugak. Nasib tak mengecewakan. Sedap!

Arman lena ja sepanjang kami makan, tq bg mommy daddy chance makan sedap!

Haaaaa, nampak sedap kan. 

Lepas siap makan, pusing2 area MITC mengimbau lagi kenangan dolu2 hahaha cam harey semua kenangan. Teringat pulak masa baru belajaq drive kat roundbout MITC sekali ada kereta wrong way bodo tanjat gigirl time tu. okay2 tak habaq dah kisah dulu2 haha. Lepas siap ronda baru p check in hotel, then lena sat lu 30minit, maklum la ada baby terikut lena sekali. Haa next ni dah start menarik dah port2 makan. Urmmmm sedapnya dah terbayang ni masa dok taip. Mana la nak dapat kat Penang ni oi.

kuih keria wajib!

Seriously dulu masa dok Melaka tak teringin pon kuih keria ni, tapi sejak2 skrg ja jadi teringin. Dulu selalu p kedai dia makan laksa limbongan dia nice jgk. Dulu tak famous pon kuih keria dia, la ja dok jadi beratoq punya panjang adoi la. Okah kuih keria siap. Next is bihun sup utagha din bom. Terbaik habaq hampa. 

Yang ni sumpah sedap wey. Sedap gila. Memang orang utara yg buat jadi sedap la. Dok Melaka mana nak carikan bihun sup utagha, tapi yang ni tak tipu memang terangkat. Thank u Arman behave sangat bg mommy & daddy makan dengan tenang feeling2 betoi haha. Masa ni hujan lebat tapi boleh berpeluh jugak makan maksudnya apa hampaaaaa. 40kali dok telan ayaq lioq dah ni. Kbai pasai makan

Next kami p balik area bangunan merah, maklumla tak puas jalan lagi. Tengok Jonker Walk pon kosong. Tak bukak sebab weekdays, kalau weekend baru bukak. Rindunya nak p pasar dia


Nanti entah bila la nak mai pulak kan. Better jalan puas2. Tah2 nanti Arman 5 tahun baru mai pulak kot. Tah2 dah dukung adik Arman pulak eh eh! 

Test camera tengok. Arman baru bangun tidoq, mamai

Buah kiwi tergantung kat daddy haha

Pastu, bawak Arman tengok lampu2 naik river cruise sambil nak test kamera baru haaaa 😉. Before this dah pernah naik river cruise, tp dengan husband first time. Dia kata dia dah pernah naik dulu tp taktau la dgn siapa *mata ke atas*

Sebab malas nak jalan kereta p parking kan, lepas siap river cruise kami pon guna la khidmat beca gitu. Lagipon memang tak pernah naik beca dengan husband lagi pon. Dulu masa belajaq banyak dengan kawan. Husband dh pernah naik dia habaq taktau la dengan sapa *mata ke atas lagi*

Takpa kali ni terus jadi bertiga naik beca sekali our baby k. hihihihi. 


*hello daddy, I'm just 4 months old, cannot sit yet, help mommy* Cubaan nak bg Arman dok sorang dalam beca nak ambik gambar addoii

Our first time naik beca sama2

Okay sekarang semestinya dah lapaq sangat, so terus p makan k. Ahhh ni tempat nostalgia sangat ni. Mee Rebus Sentosa.

Sekarang kedai dia dah tukaq nama dah & upgrade p restaurant version, yang penting rasa mee dia tetap sama. Teringat dulu2 ada mamat yg nanyi sambil main gitar, di bawah sinaran rembulan haa gitu, rasa so sweet! haha okbai balik tido lu Arman pon dah ngantok seharian jalan

Hurm dah nak balik ni. Rasa tak syoknyaaaa. Pagi sebelum checkout order foodpanda buat alas perut. 

Hello! Arman dah ready nak jalan2 ni.

Sebelum balik decide nak p padang Dataran Pahlawan & Mahkota Parade tempat bercinta dulu ecccehh. Banyak btoi aih tempat bercinta, katok satgi haaaa 

DP pon takdak orang. Syok jgk hihihihi

Am I a hot momma?? ✌

Then, sempat shopping buah tangan for my 2 beloved moms!

Dah btol2 lapaq baru p pekena asam pedas. Ni baru btoi asam pedas, terangkat habaq hang. Asam Pedas Junior. Rasa maintain. Aduh meleleh ayaq lioq lagi nampakk




Uihh gambaq tukang makan jangan dilupaa

Alhamdulillah dh kenyang dah settle semua, masa untuk balik la na. Ingat sama Penang dok tunggu hahaha. Kerja pon kata mari dh. Ha lah ha lah. 



Happy sangat mai Melaka kali ni. Daddy Arman kata tengok la lagi 5 tahun kita mai balik. Heeeeee enjoyyyyy!!

Arman say bye!

Lot's love, Syakila ❤