Bismillahirrahmanirrahim. Tataw nak mula dari mana, sebab dua tiga hari ni mood dok berduka. As kita semua acknowledged, baru ni arwah Siti Sarah meninggal dunia asbab covid, meninggal selepas melahirkan. Ya Allah, sedih sungguh la. Sungguh-sungguh punya sedih. Dah berapa hari dah dok sedih tak habeh lagi la aduhhhhh. Tapi arwah dah tentu2 masuk syurga, kita yang hidup ni kena teruskan hidup macam biasa. Hmm. Banyak benda nak cakap.
First.. Covid-19 yang maha jahat ni. Hingga ke hari ni saat ni, kes makin dok naik mencanak-canak oi, smpai 20K sehari. Hampa rasa apa. Entah la kat mana silap. Kita dah jaga kita. And memang ada jugak among us yg tak jaga diri sendiri, tapi entahlah still hairan silap tu kat mana. Nampak makin hari makin dok naik kes, bukan makin dok turun. Sedih tataw nk habaq. Tu baru cakap pasai kes positif. Belum cakap pasai kematian lg, hari2 beratus2 orang mati wey Ya Allah. Nyawa tu. Bukannya hari2 beratus2 orang pengsan pastu hidup balik, bukan2. Ni mati yang memang takkan kembali dah. Hampa taw dakkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Aduii aku emo betoi la. Dah la tak boleh p mana, tapi kes makin dok banyak ja. Kesian kat anak aku, dok berkurung ja.
Back to kisah arwah Siti Sarah, sesungguhnya jadi sedih sangat and terkilan sebab kisah loving dan hubungan kasih sayang yg arwah dan Shuib selalu tunjukkan tu. Sangat la menyentuh hati. Depa memang loving couple and always happy family, nampak ikhlas sangat kasing sayang tu dalam mata masing2 hmm. Nampak ikhlas sangat2 Shuib layan anak2, layan arwah lagi lah. Semoga Shuib tabah teruskan hidup jaga anak2 depa.
Aku pernah terfikir. Dalam keluarga kecik aku ni, biar aku mati dulu sebab aku tak sanggup nak menanggung sakit nya kehilangan orang yg kita sayang, sakitnya merindui atau mengingati seseorang yg dah tak da. Tapi pernah tak kita terfikir kalau kita yg pergi dulu, macamana perasaan orang yg kita sayang yg masih hidup ni nak menghadapi hari2 depa pulak tanpa kita hmm. Mungkin sebab tu lah ajal maut jodoh pertemuan semua rahsia Allah.
Sesungguhnya aku sayang dan cinta suami aku sangat2 demi Allah. Biarlah jodoh kami berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan dipertemukan semula di akhirat. Kekalkanlah kebahagiaan dan kemanisan dalam rumahtangga kami sebagaimana yg kami lalui sekarang. Aamiin.
Touchingggggggg hmm 😣
Sayang husband!! Sayang Arman Harraz!!
No comments:
Post a Comment