Monday, 24 January 2022

Cameron Flora Park 💚

Happy New Year! Baru third week of January, consider still mood new year kan kan kan. Bulan Januari ja mesti slow, mai nanti masuk Februari, mau taw pejam celik pejam celik dah Disember LOL, melawakkk. 

Back to topic, last sunday consider unplanned trip jugak la cause tak properly plan pon. Decide pon last minute sebab ada kenduri kat kampung husband, so why not terus naik Cameron gituuuuuuu, kan dah dekat. Dah lama taw teringin nak p Cameron, sejak Arman dalam perut lagi, tapi kena dengaq cakap orang2 tua tak bagi p tengah sarat2 mengandung. Pastu nak postpone lepas Arman keluaq, dah MCO pulak. Then orang cakap Cameron macam sarang semut orang p serbu, so simpan la dulu hasrat sampai la baru ni malas dah postpone2, pi jugak dengan harapan kalau p Ahad mungkin takda orang sangat. Luckily, memang tak berapa nk ada orang sangat pon. Masa naik pon smooth ja LOL.

Even unplanned trip, homestay booking awai jugak. Buat semua full naya tidoq dalam kereta ka HAHAHA. Dapat la cabin cute ni. Sumpah cute gila, yang penting location paling strategic dengan view sumpah best. Dia tersorok sikit kot ataih bukit tu. Arman memang seronok la naik turun panjat bukit.

 

Blue Cabin @ Pfordten Cottage & Cabins, Cameron Highland

Please hampa try la duduk sini. Kami bagi 5.5/5 bintang. Cantik satu. View menarik. Then cleanliness dia pon tiptop. Cadar selimut wangi and lembut. Tuala wangi, tak was2 nak guna LOL. Bukan apa, before p Cameron ni kami ada p short vacay dekat Taiping, stay hotel. So serik dengan bau tuala dia adoiiii. No wonder la sekarang orang dah tak prefer stay hotel eah kalau vacation. Tak syok dh stay hotel sekarang. Homestay macam ni lagi best. Facilities pon banyak like dlm bilik ada fridge. Especially mommy yg still EBM ni, memang perlu la fridge sebab nak simpan susu.

Okay, continue. Gerak dari Perak dalam 12:30tghari macam tu, 2 lebih dah sampai Cameron. Since 3pm check in, singgah tapau lunch, then makan kat cabin. Rehat dulu sat then petang sikit baru keluaq jalan. Jalan kaki saja sebab cabin kami dekat dengan Abang Strawberi tu. Bawak Arman p main playground, pastu baru p cari minum petang sambil layan strawberi coklat. Ahhhhh asyikkkk.


Mini cafe concept lepak minum2 teh cam tu. Cute 😍

Untuk malam punya aktiviti, sedih sikit sebab kalau weekdays mana ada pasar malam. Tak dapat la makan ubi rebus dengan cendawan goreng panas2 dalam cuaca sejuk gituu. Tukaq event p makan steamboat.

Apa ke nama tah kedai steamboat ni hahahahadoi. Area Tanah Rata. Orang so so la, tak bersesak. So, boleh makan dengan aman harmoni. Serious Cameron kalau weekdays nampak macam tak hidup sangat LOL. Semua tutup awai huhu. Kami pon lepas makan just ronda2 ambik angin segar malam. 

Btw cantik tak cabin waktu malam. Sweet2 gitu and cute, feeling sangat. Dengan dingin nya aaaaa asikkk. Goodnight sweet dreams 😴

Event harini kena bangun awai, sebab nk kejaq masa. Punya la takot orang ramai kat Flora Park, tapi sebenaqnya tak ramai pon weyy. Sebab pernah baca entry orang suggest kalau takmau ramai, mai time weekdays pastu mai awai. Bukak pukul 10am, so memang 9:45am macam tu dah sampai parking dia dah. Btw, since tempat ni baru, tips untuk orang nak p Flora Park jangan bukak waze Flora Park, just search for "Parking Cameron Flora Park" sebab nanti kita kena naik pickup dia untuk naik atas, tak boleh drive sendiri. Curam jugak ah bukit dia huhu

Tiket masuk RM50 dewasa, free untuk budak-budak 12tahun ke bawah. Tak boleh booking, walkin price. Dulu ada la package picnic tu, tapi sekarang tutup buat sementara. Baru plan nak yang tu sebenaqnya. Takpala, next time.

Tepat 10am, sampai Flora Park and memang tak ramai orang. Seronoknyaaaaa. Benda first is isi perut dulu lah. Tips, beli makanan kat luaq then makan kat Flora Park sebab sini takda makanan heavy. So, kami beli nasik lemak dekat area cabin tadi then bawak makan sini. Tapi mungkin nanti akan ada heavy dishes kot sebab kat atas nampak ada kafe baru setup. 

Isi perut dulu. Yang penting Arman & daddy kenyang, mommy hati senang

Kat sini, entah la nak start letak gambaq yang mana sebab semua cantik huhu. Sejuk nya la hati tengok bunga penuh. Btw, sini ada indoor and outdoor. So, suggest p outdoor dulu then nanti before balik boleh masuk indoor then terus balik. Untuk outdoor, better wear proper shoes sebab dia kena panjat tangga boleh tahan tinggi betoi. Kira lepas balik pon kaki dok rasa kejang2 lagi ni hahaha

Outdoor










Bawak ja tripod sebenaqnya tapi battery shutter habeh pulak hadoi, nasib la semua orang nice tolong snap kan. Kebanyakan orang yang kerja kat situ la tolong snapkan, sebab tu senget2. Tapi ok la edit sendiri la noh. Orang dah tolong tu pon dh kira baguih heeeee 😁

Selfie sendiri pulak, penat dah suruh orang tolong snap hahaha
Indoor

Akhirnya lena jugak lepas mengamuk2 nk lena. Nasib gambaq ni elok jugak 😅

Masa kat indoor, Arman dh nampak bunyi2 buat perangai dah sebab ngantok, time dia tido tu. last2 terlena kat situ, memang takda dh la mommy nk ootd kalau Arman lena, sebab tak bawak stroller dia. Last gambaq before keluaq, and bateri fon pon habis hahaha

Betol2 last picture before battery habih hahaha

Before end, nak share some mommy's ootd being photobombed by Arman. Dia nak tidoq sebenaqnya tu, pastu merengek nak susu la 😅



Eh, gambaq Arman Harraz ootd pon ada jugak taw. Saya memang suka la tempat luas2 camni, boleh lari takda limit. 


Next, p Kea Farm beli sayoq. Pastu bawak Arman tengok sheep. Busuk no sheep dia adoii hahaha. Untuk Sheep Sanctuary ni, tiket masuk dah beli awai2 jugak thru klook, dapat la discount. Tiket masuk RM8 untuk dewasa, and free untuk budak2.

Dah siap dekat Sheep Sanctuary, memang plan tak p mana dah. Sebab nak kejaq masa turun tamau gelap sebab ada Arman. While turun, singgah minum teh dekat Cameron Valley, plus masa tu hujan lebat. Aaaaa layan sangat minum teh tarik time hujan, sejuk2. hihihihi. 5pm macam tu dh gerak turun. Alhamdulillah 8:30pm sampai Penang dengan selamat.

Such a lovely short vacation for 3 of us. See you next vacation, hihihihihih 😁

Lot's love, Syakila 💕