Sunday, 2 June 2019

Akad Nikah 💛

Assalamualaikum & selamat berpuasa. esok lusa dh nk raya heee..
Semalam 1-Jun, genap la 3 bulan kawen haaaa gitu.. And this year will be our first time puasa & raya as husband and wife.

Sepatutnya entry kawen ni kena before honeymoon, tp dh jadi kelam kabut dah entry hahaha nvm. Salah satu sebabnya gambaq kawen baru ja dapat.. 

1 March 2019 bersamaan 24 Rejab 1440, sah la aku menjadi wife kepada seorang annoying Shahmir Amirul. After 7 years, & after went through so many ups and down, alhamdulillah..  Semua selamat.

Sekarang, tak perlu nk throwback pasal sad story, just ingat yang happy2 okay..nanti kita update entry apa yg sad tu huhu.. so, sekarang mulakan dengan all the moments sebelum akad nikah.. 

terima kasih tukang pakai kan sampin 

so, bermula fasa2 nervous ni huhu.. dia punya nervous tu memang tak boleh nak explan noh hahaha.. akad nikah by abah sendiri.

nervous la tu.. dia kata hafal macam lain, mai hari tu kena sebut macam lain pulak
walaupon aku memang hanya perlu relax, tapi tak boleh jugak wei cuak mampoih 
actually kan, kalau kenduri belah kampung ni, masa akad nikah memang mak tak ikot mai.. sebab petang tu buat kerja kan esok kenduri, so biasa la rewang ni semua kena buat sendiri, so gambaq dengan family aku untuk belah sini memang kurang, takpa la.. memang paham dah.. start dari kenduri abang, lepas tu kakngah pon sama ja... so jangan bersedih sedih takda gambar elok dengan family. nanti belah bertandang kita boh habeh2 hahaha.

so continue muka lega lepas selamat akad nikah pulak. heee 😁😁

 

alhamdulillah, selamat semuanya. jangan lupa bersyukur pada yg Maha Esa. nak tempuh alam baru ni, bukan biasa2.. alamak cuak 

aamiin...
next is sesi tangkap gambaq ler, apa lagi.. heeee.. rugi taw bayaq photographer mahai2 pastu taram ja xmao tangkap gambaq plak.

first gambaq berdua after selamat ijab kabul.. eceehhh 🙈

mas kahwin deco by: flo_in_luv_florist
cantik.. memang dh lama suka benda2 cam ni.. so ambik kesempatan masa ni la, takkan dok saja2 nak mintak bouquet ada duit pulak kan hahahaha

gambaq x formal satu depan masjid

tu kena friendzone ka

terima kasih kawan dari kecik mai teman sampai masjid walaupon payah anak kecik
dah, jom balik rumah pulak, kalau nak bubuh semua gambaq kat sini mampoih la memang takkan habeh hahahahaha 😂😂

testing pelamin dulu

pelamin ambik dari: Azzim Aziz Boutique

actually ambik full package dengan azzim include pelamin, meja makan, & sepasang baju untuk sanding. Untuk akad nikah ja, baju semua totally sendiri.. 

baju laki pompuan beli kain pasang kat Jakel, pastu hantaq tailor. veil beli dari Simplyveil.

hadiah

henna from: HennabyMumtaz
cantik tak baju akad nikah ni? design sendiri pastu bg auntie chinese buat.. kemas pastu sedap pakai.. cuma nmpak gemok sebab yes memang aku gemok hahahaha 😆

lebih kurang peplum, yang penting belakang labuh tutup pungkoq
bunga tangan affordable dari Wanie Jahan.

lagi satu yang penting makeup cun and tahan lama ni dari kak ecah. makeup dengan dia dari zaman tunang lagi.. memang elok & no doubt.

alhamdulillah, yeayyyy seleai untuk majlis akad nikah.. letih untuk hari ni habeh dah.. cntinue letih untuk kenduri esok plak noo..


tunjuk muka syok sikit.. 😝 gambaq cun semua ni semestinya dari ashraf. sangat senang nak deal. 
boleh la usya2 IG dia. cover seluruh utara, kedah penang. 

sekian pasai akad nikah. jumpa lagi next entry.

Lot's love,
Syakila 💗


Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”


No comments:

Post a Comment